Mitos dan khasiat cicak ekor bercabang dua

Cermis » Mitos
Mitos dan khasiat cicak ekor bercabang dua
Gambar cicak ekor bercabang dua

Gambar cicak ekor bercabang dua

Cara menggunakan cicak ekor bercabang 2 – Cicak ekor bercabang adalah satu fenomena haiwan yang jarang-jarang dilihat dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang berjaya menjumpai cicak rumah yang memiliki ekor bercabang dua. Dikatakan menurut kepercayaan setempat, bagi mereka yang berjaya memiliki ekor cicak bercabang akan memperolehi nasib yang baik. Di Malaysia, terdapat golongan-golongan tertentu yang mempercayai kehebatan ekor cicak bercabang yang memiliki unsur-unsur mistik yang tersendiri bagi si pemakai hinggakan terdapat ekor cicak ini dijual dengan harga ribuan ringgit. Penulis cuba merungkai sejauh manakah kepercayaan mereka terhadap misteri ini.

Misteri cicak ekor bercabang

Saya telah mengenali banyak sekali orang di Malaysia dan terdapat golongan yang mengatakan bagi siapa yang menjumpai ekor cicak bercabang dua ini akan memperolehi nasib yang baik di dalam permainan yang berisiko seperti dalam perjudian dan memasang togel. Konon terdapat beberapa syarat bagi membolehkan ekor cicak ini memiliki mistik dan keampuhan dalam nasib yang baik kepada seseorang yang memilikinya.

Saya memiliki beberapa rakan mendakwa arif mengenai misteri ekor cicak ini dan mereka mengatakan bagi menjaga keampuhan mistik ekor ekor cicak bercabang, anda haruslah menjumpai cicak yang memiliki ekor bercabang dengan hanya bersendirian tanpa sesiapa yang melihat selain anda sendiri pada saat itu. Ini kerana sekiranya pada masa yang sama terdapat orang lain yang melihat bersama-sama dengan anda cicak yang memiliki ekor bercabang dua, dikatakan unsur mistik dan unsur sakti pada ekor cicak tersebut tidak akan berkesan lagi.

Pada saat ada salah satu orang yang melihat seekor cicak yang memiliki cabang di ekor, lalu secepatnya harus ditangkap cicak tersebut tanpa mencelakai hewan tersebut. Apabila anda berhasil menangkap cicak itu, pangkal ekor yang bercabang dua harus dipotong dan pada saat yang sama anda mengucapkan doa di dalam hati untuk nasib yang baik. Setelah selesai, anda harus melepaskan cicak itu dalam keadan hidup seperti semula.

Untuk menjadikan ekor cicak tersebut kekal dan tahan lama dalam simpanan anda, anda harus mengeringkan ekor itu di jemur panas matahari yang terik sehingga ekor tersebut benar-benar kering.  Jika sudah kering, simpanlah ekor itu di tempat yang sesuai dan harus dibawa kemana saja anda pergi. Beberapa rekan saya yang lain mengatakan perlunya ritual-ritual yang tertentu untuk mengaktifkan unsur mistik atas ekor cicak tersebut dan harus merahasiakan kepemilikan ekor cicak bercabang kepada siapa pun untuk menjaga keampuhan mistik tersebut.

Teman saya juga mengatakan, sekiranya seseorang yang memiliki ekor cicak bercabang dan digunakan waktu bermain judi, pada awal permainan ia akan mengalami kekalahan tetapi akan memperoleh kemenangan besar didalam permainan apabila dia membaca mantra dari ekor cicak tersebut sehingga terdengar suara cicak berbunyi di sekitar tempat permainan judi tersebut.

Beberapa tahun yang lalu, saya mempunyai kenalan yang memiliki ekor cicak bercabang yang diletakkan di bahagian kalung lehernya. Kenalan saya ini memang kuat bermain judi dan dia sendiri merasa nasibnya menjadi lebih baik dalam permainan tersebut. Pada tahun 2014, seorang kawan saya ingin menjual seekor cicak yang memiliki dua ekor cabang yang telah dikeringkan dan ditempatkan di sebuah wadah kecil dan ingin menjual dengan harga RM1,500 tetapi saya tidak membelinya.

1 komentar:

  1. Saya punya cicak ekor 3 sob,,kondisi masih hidup tanpa celaka

    BalasHapus

Diberdayakan oleh Blogger.